Memang sudah jadi idaman wanita malaya sejak berkurun pada lelaki yang tinggi. Kalau boleh biarlah lelaki lebih tinggi dari perempuan. Tapi ada gak perempuan yang tak pandang semua ini, apa yang penting bagi mereka kestabilan kewangan, ada wawasan nak majukan diri sendiri, pandai ambil hati, berkerjaya, berpendidikan dan macam-macam lagi. Bagi golongan perempuan seperti ini lelaki berduit lebih penting dai paras rupa, macam iklan "Cloretz" kat tv tu...Namun rupa fizikal tetap satu bonus. Iyelah, kalau dah kahwin dengan lelaki ketot besar kemungkinan anak-anak pun akan mewarisi keketotan suami. Berikut adalah beberapa fakta tentang lelaki pendek dan lelaki tinggi.
-Lelaki tinggi lebih mudah untuk mendapat perkerjaan. Ini sememangnya satu diskrimanasi terhadap abang pendek. Kajian telah membuktikan lelaki yang lebih kurus/tinggi/hensem lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding lelaki pendek/gemuk/tak hensem. Tips: gunakan kasut "elevator" yang boleh membantu lelaki nampak lebih tinggi. Pakai baju bercorak jalur kebawah menampakan kesliman dan ketinggian. Jalan dengan badan yang tegak, membongkok menampakkan kamu lebih rendah.
-Lelaki tinggi lebih hebat di ranjang. Ini adalah fakta yang salah! Ketinggian bukan faktor lelaki hebat bila berasmara. Kepanjangan zakar bukan bergantung pada faktor ketinggian. Ia lebih kepada keturunan, kehidupan sosial, kesihatan, pemakanan dan lain-lain.
-Lelaki tinggi lebih bijak. Hasil kajian oleh Anne Case dan Christina Paxson dari Universiti Princetone mendapati semenjak umur 3 tahun lagi, sebelum bermula persekolahan dan semasa zaman kanak-kanak, kanak-kanak yang lebih tinggi dapat menjawab ujian kognitif jauh lebih baik berbanding kanak-kanak yang pendek. Namun ini tidak semsetinya betul. Banyak lelaki pendek di luar sana berjaya dalam pelbagai bidang dan lelaki tinggi yang hampeh...
-Satu kajian lain mendapati lelaki yang rendah mendapat gaji yang lebih rendah. Benda ni berlaku kat UK dan US. Di sana, setiap 4 inci ketinggian adalah 10 peratus kenaikan gaji. Harap-harap tak adalah kes macam ni kat Malaysia, maklumlah orang kat Malaysia ni kebanyakannya ketinggian sederhana dan rendah.
-Lelaki rendah lebih mudah mendapat watak dalam filem-filem Hollywood. Ini dibuktikan oleh Tom Cruise, Slyvester Stallon, Joaquin Phoenix, Elijah Wood dan ramai lagi.
-Lelaki rendah sememangnya lebih sukar mendapat date...Ini tidk semestinya betul. Apa yang lebih penting lelaki itu perlu tahu bagaimana nak buat perempuan itu rasa cantik (ini ada kebenarannya). Buatkan mereka merasa selesa walaupun anda seorang lelaki yang rendah.