
Merokok seperti orang ramai sedia maklum, banyak memberi keburukan dari faedah. Bukan sekadar mendatangkan banyak penyakit seperti kanser paru-paru, tapi memberi kesan buruk kepada kesihatan zakar.
Berdasarkan kajian, asap rokok mengandungi bahan kimia beracun yang boleh merosakkan sperma. Kualiti dan kuantiti sperma adalah rendah bagi mereka yang merokok. Merokok berhubung kait dengan masalah melibatkan keupayaan seksual lelaki. Nikotin, sejenis bahan kimia dalam asap rokok mengecilkan saluran darah dan memekatkan darah yang dibawa oleh saluran darah ke penis. Kajian telah membuktikan masalah impotensi lebih banyak dihadapi oleh golongan perokok.
Peningkatan risiko kanser zakar juga banyak dipengaruhi oleh aktiviti merokok. Antara masalah dan penyakit yang mungkin timbul: Tahap kesuburan yang rendah, sperma manjadi rosak, impotensi dan kanser zakar.
Kamus:
Impotensi: Ketidakupayaan yang kronik untuk menahan ereksi semasa bersetubuh

























No comments:
Post a Comment